Seremban, 20 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Seremban menerusi Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan telah mengadakan operasi menembak burung gagak di City Park Seremban 2 dan sekitarnya. Dalam operasi ini, sebanyak 79 ekor burung gagak telah berjaya ditembak mati. MBS menasihati warga bandar raya Seremban supaya tidak memberi makan kepada burung dan sentiasa membuang sisa makanan ke dalam tong sampah bertutup demi keselesaan kita semua.
![]() | ![]() |

