OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAM

Nilai, 11 September 2025 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Operasi Perobohan Struktur Haram di hadapan Universiti Antarabangsa INTI hari ini. Untuk makluman, MBS telah menerima aduan daripada orang awam mengenai keadaan pondok yang terlalu usang dan berkemungkinan membahayakan pelajar serta orang awam jika menghampiri pondok tersebut. MBS menerusi Jabatan Kawalan Bangunan telah mengeluarkan notis agar pemilik segera merobohkan struktur binaan haram berkenaan namun pemilik telah ingkar. Sehubungan dengan itu, MBS telah mengambil tindakan untuk meroboh struktur berkenaan. Turut hadir semasa operasi berkenaan diadakan ialah YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS untuk menyaksikan perobohan berkenaan. Selain itu, Tn. Hj. Fadhil bin Kamaruddin Pengarah Penyelenggaraan dan pegawai-pegawai MBS juga telah hadir semasa operasi diadakan.

OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAM OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAM
OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAM OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAM
OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAM OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAM