YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menghadiri Majlis Pelancaran Rangka Kerja Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (RKPBT) di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri KPKT bagi Majlis Amanat 2022 dan Pelancaran Rangka Kerja Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan pada hari berkenaan.

RKPBT memberi penekanan kepada bidang fokus yang perlu ditambah baik hasil daripada perbincangan, penelitian dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak. RKPBT dibangunkan oleh KPKT merupakan satu rangka kerja yang komprehensif dan holistik menyediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tampil lebih cemerlang dan dinamik serta mampu mendepani cabaran mendatang. Ia digubal bertujuan menyampaikan Hasrat Aspirasi Keluarga Malaysia menerusi konsep the whole of Government dan bagi menyokong gagasan Malaysia Berdaya Huni (Liveable Malaysia).

PELANCARAN RANGKA KERJA PEMERKASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (RKPBT)