Seremban, 03 Februari - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menaiktaraf bilik kawalan CCTV kepada Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Seremban (Seremban IOCC). Kemudahan ini telah dinaik taraf sepenuhnya sebagai pusat kawalan pengurusan bandar yang lebih komprehensif dan bersepadu. Seremban IOCC berperanan sebagai pusat kawalan utama yang menyelaras operasi bandar secara bersepadu dan berasaskan data. Ia bukan sahaja mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai jabatan di bawah Majlis Bandaraya Seremban melalui platform pintar seperti Geo-Seremban, malah memperkukuhkan keupayaan pemantauan, analitik dan tindak balas terhadap isu-isu operasi bandar secara masa nyata. Perasmian ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS dengan diiringi oleh Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan ketua unit Majlis Bandaraya Seremban.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |






