YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai pemudahcara bagi pembangunan komunikasi di Bandaraya Seremban termasuk pelaksanaan Jalinan Digital Malaysian (JENDELA) dan 5G Way Forward.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek (Chairman MCMC), YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus (Chief Operating Officer MCMC), Tn. Hj. Roslan Mohamad (Head Of State Transformation & Coordination & PMO Div MCMC) dan En. Mohd Khairilnaim Osman (Head Of Negeri Sembilan MCMC).

Turut hadir semasa perbincangan tersebut ialah Tn. Mas Midyawan bin Yahya (Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban) dan Ketua Jabatan MBS.

Terima kasih diucapkan kepada MCMC atas perkongsian yang telah sampaikan.
 

PERBINCANGAN PEMUDAHCARA BERSAMA PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)