Seremban, 15 Julai 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menyertai Perlawanan Persahabatan Bola Sepak bersama Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan yang berlangsung di Arena MBS, Taman Pinggiran Senawang. Program ini menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta yang hadir. Turut diadakan jamuan dan tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026.