Majlis Bandaraya Seremban telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2022. En. Mohd Lotfee bin Abdullah, Pengarah Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Seremban telah mewakili YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban menerima anugerah yang telah disampaikan oleh Puan Norrani bt Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Dewan Sri Melati, Presint 3, Perbandanan Putrajaya.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan produk makanan Selamat Kepada Keluarga Malaysia dan secara tidak langsung dapat memperkasakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam menghasilkan produk makanan yang menepati standard keselamatan serta kualiti makanan. Pertandingan ini merupakan platform terbaik untuk mempromosikan atau memasarkan produk makanan selamat.

PERTANDINGAN ANUGERAH MEDAN SELERA BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2022