PERTANDINGAN GUSTI LENGAN TERBUKA JEMPUTAN ASEAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN 2025
Nilai, 26 Julai 2025 - YB Dato' Masri bin Hj. Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah hadir ke Majlis Perasmian Pembukaan Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Jemputan Asean Majlis Bandaraya Seremban 2025 pada 26 Julai 2025 hingga 27 Julai 2025 bertempat di Aeon Mall Nilai Shopping Centre. Seramai 200 orang peserta terdiri daripada warga tempatan dan serata asean termasuk Thailand, Mongolia, Singapura, Vietnam, Hong Kong, China dan Taiwan. Majlis Bandaraya Seremban mendapat kerjasama daripada Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MYARM) untuk mengendalikan pertandingan gusti lengan ini. Penyertaan bagi pertandingan ini dibahagian kepada 5 kategori seperti berikut :-
i. Kategori A (Heavyweight) - Lelaki Kanan (86kg dan ke atas) ;
ii. Kategori B (Middleweight) - Lelaki Kanan (71kg - 85kg) ;
iii. Kategori C (Lightweight) - Lelaki Kanan (70kg dan ke bawah) ;
iv. Kategori D Terbuka - Lekaki Kiri (Kidal) (78kg dan ke atas) ;
v. Kategori E Terbuka - Lelaki Kiri (Kidal) (78kg dan ke bawah)
Majlis Bandaraya Seremban menawarkan hadiah utama berjumlah sehingga RM2,000.00 dan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.00 bagi pemenang tempat pertama hingga ke-8 kategori A hingga E. Para peserta dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 bagi warganegara Malaysia dan RM50.00 bagi peserta bukan warganegara Malaysia. Untuk makluman, Majlis Perbandaran Seremban telah menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan semenjak tahun 2015 dan selepas penggabungan antara Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai pada 1 Januari 2020, pertandingan ini diteruskan sehingga kini kerana mendapat permintaan tinggi daripada warga tempatan dan luar negara. Majlis Bandaraya Seremban juga ingin menarik minat golongan muda untuk menyertai acara sukan ini dan secara tidak langsung dapat mengatasi gejala negatif terutamanya dikalangan remaja. Aktiviti sukan seperti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara masyarakat. Majlis Bandaraya Seremban berharap melalui pertandingan seperti ini akan dapat menarik lebih ramai pelancong daripada luar negara datang ke Seremban khususnya dan Negeri Sembilan amnya selaras dengan tahun melawat Negeri Sembilan 2026 nanti dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi di Seremban. Pertandingan ini merupakan usaha MBS untuk menyahut peranan Malaysia selaku pengerusi ASEAN. Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah En. Thanabalan a/l Ramiah dan En. Hamdan bin Md Nor, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban, Puan Azura binti Hassan Pengarah Pembangunan Masyrakat & Pelancongan MBS, En. Alias bin Mansor Pengarah Cawangan Nilai dan En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





























