Seremban, 21 Ogos 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan daripada wakil Farm Fresh Berhad di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Pertemuan ini bertujuan mendapatkan taklimat ringkas berhubung perkembangan semasa Farm Fresh Enstek serta membincangkan beberapa perkara berkaitan pematuhan, termasuk kebenaran merancang dan pelan bangunan. Turut hadir ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, TPr. Haji Nazri bin A. Ghani, Pengarah Perancangan Pembangunan MBS dan Puan Norita binti Bakri, Ketua Unit OSC MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



