YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah diundang oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan hari ini bagi berkongsi mengenai buku yang menjadi kesukaan beliau.

Program Bual Bicara tersebut telah diadakan secara langsung menerusi Facebook Live Perpustakaan Negeri Sembilan pada jam 10.30 pagi tadi.

YBhg. Dato’ telah berkongsi mengenai buku yang bertajuk “Warkah Empat Musim” yang telah ditulis oleh Daisaku Ikeda dan Yasushi Inoue. Buku terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd ini mengisahkan perjalanan dan kerja sahabat akrab para penulis, seniman dan tokoh masyarakat serta negara yang mereka kenali, musim dan rantau, kesan dan renungan.

Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan kerana telah menjemput YBhg. Dato’ ke program pada hari ini.

PROGRAM BUAL BICARA SECARA LANGSUNG “BUKU DI HATI” BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN