Seremban, 4 Ogos 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hari ini telah melepaskan peserta Program Go Green MBS 2026: "Kenali Senibina Hijau" yang melibatkan penyertaan pelajar SMK Puteri, Seremban. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan Green Building Index (GBI) bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai konsep pembangunan lestari serta amalan senibina hijau melalui pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah. MBS komited dalam memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan generasi muda, selaras dengan aspirasi menjadikan Seremban sebuah bandar raya hijau, mampan dan sejahtera. Turut hadir semasa majlis berlangsung ialah Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua Unit MBS. Seremban Destinasi Pembangunan, Inspirasi Kehidupan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















