Seremban, 29 Mei 2026 – Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS) telah menganjurkan Program Ibadah Korban 1447H/2026M sempena Hari Raya Aidiladha di Taman Malaysia Seremban. Sebanyak empat (4) ekor lembu telah dikorbankan dengan penglibatan ketua jabatan, Ahli Jawatankuasa BAKI MBS, sukarelawan serta peserta korban. Daging korban kemudiannya diagihkan kepada golongan asnaf dan penerima yang layak. Program ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat gotong-royong serta menyemai nilai prihatin dalam kalangan warga MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













