YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Sampah Haram dan Kaitan Dengan Wabak Denggi di Wisma Majlis Bandaraya Seremban.

Seminar anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Local Agenda 21 MBS bersama Jabatan Pembersihan & Kesihatan Persekitaran MBS telah berjaya mengumpulkan seramai 120 orang wakil persatuan penduduk di sekitar Bandar Raya Seremban dan 4 Agensi daripada SWCorp, SWME, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Maribumi Starchtech Sdn Bhd.

Turut hadir pada majlis perasmian penutup itu tadi Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, Puan Siti Yusnita binti Mohamad Yusof, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Tuan Haji Mohd Norlisam bin Haji Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat Southern Waste Management Environment (SWME), Dr Mohd Shahid bin Rosli , daripada Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MBS, Pegawai-pegawai MBS dan Wakil-wakil Jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Raya Seremban.

Bahan pembentangan adalah seperti berikut :-

  1. KitaRecycle - oleh SWM Environment Sdn Bhd

  2. Pengurusan Sisa Pepejal - oleh SWCorp

  3. Situasi Denggi Di Seremban - oleh PKD Seremban

  4. Kempen Seremban Bebas Beg Plastik - oleh Majlis Bandaraya Seremban

 

PROGRAM LOCAL AGENDA 21 MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN