Majlis Bandaraya Seremban dan Puspanita Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Masyarakat Penyayang Local Agenda 21 (LA21) bersama PDK Nur Kasih Taman Tuanku Jaafar, Senawang.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, YBhg Datin Hajah Sapiah binti Omar Pengerusi Biro Sukarelawan Puspanita Negeri Sembilan, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban dan Tuan Haji Abd Ghaffar Pengerusi PDK Nur Kasih.

YBhg Datuk Bandar bersama tetamu kehormat yang lain turut melawat sekitar kawasan dan melihat barangan sumbangan oleh pihak MBS seperti:

1. Kerja mengecat bangunan

2. Hiasan landskap

3. Kerja pendawaian

4. 2 unit trampolin

5. 1 unit 'mist fan'

6. 3 unit kerusi roda, dan

7. Set permainan untuk para pelajar

Program yang cukup ringkas ini juga telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan.

Hadir sama pada program ini ialah Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan MBS.

PROGRAM MASYARAKAT PENYAYANG LOCAL AGENDA 21 (LA21)