Seremban, 10 Februari 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program MySkills Anjuran Majlis Bandaraya Seremban Bersama KEMAS Negeri Sembilan di Dewan MBS, Jalan Yamtuan, Seremban. Seramai 75 orang peserta hadir terdiri masyarakat di dalam dan luar daerah Seremban mengikuti 4 kursus iaitu Kursus Masakan, Kursus Dandanan Diri, dan Kursus Seni Tangan dan Kursus Gunting Rambut. Objektif pelaksanaan kursus adalah untuk membantu masyarakat dalam mendaya upaya kemahiran diri dan seterusnya menjana pendapatan melalui kemahiran kursus yang diberikan terutamanya kepada golongan B40. Semua kursus yang diberikan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Seremban dan diberikan secara percuma kepada masyarakat untuk memastikan masyarakat di Daerah Seremban mendapat manfaat yang sebaiknya serta mampu melahirkan ramai lagi usahawan-usahawan di daerah ini. Turut hadir sama Pn. Nor'ein binti Mohd Shukor, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MBS, tenaga-tenaga pengajar KEMAS Negeri Sembilan dan kakitangan MBS serta peserta kursus.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















