Seremban, 5 Mac 2023 - YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Program Penyerahan Siap Projek Mengecat Dewan Dan Taklimat Kesedaran Keselamatan Jalan Raya yang telah diadakan di Dewan Apartment Taman Seremban Putra, Sikamat.

Penyerahan siap projek ini merangkumi kerja-kerja mengecat dewan Apartment Taman Seremban Putra dan kerja-kerja lain berkaitan. Penyerahan ini diadakan bertujuan untuk dijadikan sebagai contoh kepada pihak badan pengurusan lain di kawasan Majlis Bandaraya Seremban agar menjaga penyenggaraan bangunan terutamanya di kawasan harta bersama seperti dewan serbaguna.

Di samping itu, sesi Taklimat Kesedaran Keselamatan Jalan Raya turut diadakan untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada penduduk di sekitar Apartment Taman Seremban Putra berhubung Keselamatan Jalan Raya. Ini kerana kemalangan kerap berlaku di persimpangan jalan raya berhadapan Apartment Taman Seremban Putra.

Majlis berharap sesi taklimat ini serba sedikit dapat menyelesaikan aduan berkaitan kemalangan jalan raya yang melibatkan persimpangan jalan raya berhadapan Apartment Taman Seremban Putra.

Turut hadir, Encik Fakhrul Radzi bin Md Zin, Penyelarasan DUN Sikamat, Puan Zaitun binti Abu Hassan, Pengerusi Pertubuhan Solidariti Muafakat (SMART), Ahli Majlis, Ketua Jabatan/Unit MBS, Pembantu Ahli Majlis dan Pegawai/Kakitangan MBS.

img

img

img

img

img