Seremban, 7 Mei 2026 (Khamis) - YBhg. Dato’ Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan YBhg. Datin telah menghadiri Program Santai YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Bersama Peserta Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia Tahun 2026 di Dataran Seremban. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dengan JKR. Para peserta telah dipertontonkan dengan keindahan air pancut yang dibangunkan oleh MBS. YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YABhg. Datin Seri juga telah sempat beramah mesra dengan para peserta sepanjang program berlangsung. Turut hadir semasa program berlangsung ialah YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama pasangan, YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir.Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban dan barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya serta Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |












