Seremban, 17 Julai 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) berbesar hati menerima kehadiran YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam siri lawatan beliau ke Negeri Sembilan bagi Majlis Perasmian Projek Dewan Terbuka Kg. Panchor. MBS mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sentiasa prihatin dan membantu menyalurkan peruntukan bagi keselesaan warga bandar raya Seremban.