Lawatan YBhg Dato' Zazali Bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban ke Projek melukis Dinding Seni Visual di Jalan Yam Tuan Seremban.

Turut hadir bersama dalam lawatan berkenaan iaitu Tuan Mas Midyawan Yahya selaku Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban , En. Hanizam bin Ahmad Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan, LAr. Tuan Haji Nasiruddin Bin Ab Rahman Pengarah Taman & Landskap, En Alias Bin Mansor Ketua Unit Komunikasi Korporat, En sharuddin bin Saidin Ketua Unit Pelancongan, Pn. Farhana Binti Abdul Rahim Arkitek Jab. Kawalan Bangunan, Team Pesona Seremban En.Ariffin Sharim, En Mohd Rabek dan Team dari Jab Kawalan Bangunan En.Mohd Azpuri, En.Mohd Faizal ,En Mohd Afendi serta Cik Sabrina dan Puan Farah daripada Jabatan Taman dan Lanskap MBS.

Untuk makluman anda di luar sana tujuan projek ini di laksanakan kerana kedudukan Daerah Seremban mampu berperanan di peringkat nasional dan antarabangsa selaras dengan kedudukannya dalam Konurbasi Kuala Lumpur (Klang Valley) dimana ianya merupakan satu pelan tranformasi ageresif oleh kerajaan Negeri Sembilan bersama agensi lain bagi memastikan Seremban digabungkan di dalam wilayah "Greater Kuala Lumpur". Lantaran kertas ini dimajukan sebagai langkah proaktif Majlis Bandaraya Seremban merialisasikan kehendak dan tuntuan sebuah bandar bijak yang lestari kelak.

Cadangan " Melukis Dinding Seni Visual " ini diketengahkan dari rasa tanggungjawab sosial terhadap rupa wajah Bandar Seremban yang menjurus kepada penjenamaan semula isu-isu pelancongan yang dilihat sedikit terkebelakang dari bandar-bandar lain. Bandar Seremban yang mempunyai sejarah serta kebudayaan unik ini dilihat amat berpotensi untuk dibangunkan dan mampu menyumbang kepada identiti unik kearah tuntutan pembentukan Bandar Bijak ( Smart City ).Akhir kata marilah kita bersama-sama menjaga keindahan serta kebersihan Bandar Seremban ini.

PROJEK MELUKIS DINDING SENI VISUAL DI JALAN YAM TUAN SEREMBAN.