Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN

Majlis Bandaraya Seremban dan Pesona Seremban pada petang ini telah mengadakan program RIA @ Taman Tasik Seremban.

Program yang bermula pada jam 5 petang ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Razali bin Ab. Malek Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Teo Kok Seong Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan dan YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk persembahan nyanyian, jualan produk IKS, Kaunter Bayaran Saman, Kuiz Pelancongan dan banyak lagi.

Penganjuran program ini juga adalah bertujuan bagi memperkenalkan tarikan baharu produk pelancongan yang terdapat di Taman Tasik Seremban sebagai Taman Rekreasi Air sesuai dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Bandar Raya Seremban.

Hadir sama pada program ini ialah Ahli - Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS, pegawai dan kakitangan MBS, rakan media serta orang ramai yang sudi hadir dalam memeriahkan lagi program ini.
 

RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN
 
RIA @ TAMAN TASIK SEREMBAN