Seremban, 31 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Seremban telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban. Kontinjen perbarisan MBS terdiri seramai 50 orang peserta daripada Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS yang diketuai oleh En. Syamsul Kyrie bin Nor Niezam. Pada kali ini juga, MBS turut mempamerkan aset-aset kenderaan yang digunakan MBS dalam menjalankan tugas seharian, termasuklah jentera tractor flail mower. Sebanyak 82 kontinjen dengan 4,000 orang peserta dari pelbagai jabatan, agensi kerajaan, NGO, sekolah, dan syarikat swasta terlibat dalam perbarisan ini. Dianggarkan seramai 30,000 pengunjung telah hadir menyaksikan sambutan istimewa ini.
MALAYSIA MADANI : KESEJAHTERAAN DINIKMATI
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















