Seremban, 26 November 2025 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS, telah berkesempatan meluangkan masa bersama Pasukan Bola Sepak MBS yang bakal beraksi dalam Kejohanan Bola Sepak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) – Piala YB Menteri KPKT di Iskandar Puteri, Johor dari 27 hingga 30 November 2025. Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Bandar telah menyampaikan kata-kata semangat kepada para pemain sebagai dorongan agar mereka terus fokus, berdisiplin dan berjuang habis-habisan demi mengharumkan nama MBS. Turut hadir ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi MBS. Semoga Pasukan MBS FC tampil cemerlang dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan warga MBS!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







