Seremban, 25 Jun 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menghadiri Sesi Dialog Bersama Dengan Penduduk Rasah Kemayan 2026 di Dataran Taman Rekreasi Rasah Kemayan / Futsal. Sesi ini adalah untuk membincangkan mengenai isu-isu aduan di kawasan Rasah Kemayan.  Turut hadir semasa sesi ini diadakan ialah En. Chong Say Hoo Ahli Majlis MBS, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS dan pegawai-pegawai daripada pelbagai jabatan dalaman MBS. Perjumpaan seperti ini menunjukkan keprihatinan MBS terhadap suara dan aduan warga bandar raya Seremban. MBS berharap perjumpaan seperti ini akan dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-kedua belah pihak.