Seremban, 12 Mei 2026 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan satu Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha Hotel di kawasan daerah Seremban bagi Pelaksanaan Caj Fi Lestari di Bilik Mesyuarat Dato’ Klana Petra, Wisma MBS. Seramai 40 orang pengusaha / pemilik hotel berlesen yang telah menghadiri sesi libat urus ini. Tujuan sesi libat urus ini diadakan bagi mewar-warkan pelaksanaan fi lestari di semua hotel dan rumah tumpangan dalam daerah Seremban. Taklimat bagi sesi libat urus ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan. Turut hadir pegawai dari Jabatan Kewangan, Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan, Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |




