Seremban, 29 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha Hotel Berkenaan Pelaksanaan Fi Lestari Bil. 2/2026 dengan jayanya di Hotel Arena Premier, Seremban. Seramai 52 orang pengusaha hotel berlesen yang telah menghadiri sesi libat urus ini. Sesi ini bertujuan memberi penerangan berhubung pelaksanaan Fi Lestari, termasuk objektif, mekanisme kutipan, tanggungjawab pengusaha hotel serta peranan setiap pihak dalam memastikan pelaksanaan kutipan Fi Lestari ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Di samping itu, sesi ini turut menjadi platform untuk mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada pengusaha hotel berhubung kaedah pelaksanaan Fi Lestari. Taklimat bagi sesi libat urus ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan, MBS dan Puan Ruhiyati Idayu binti Mohamad Jali, Timbalan Pengarah Kewangan, MBS. Turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Unit Audit Dalam.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















