SESI PERJUMPAAN DATUK BANDAR KETIGA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
Seremban, 8 Ogos 2025 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah melaporkan diri di hari pertama beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Baharu Majlis Bandaraya Seremban di Wisma MBS. YBhg. Datuk Bandar telah menyampaikan ucaptama beliau kepada Ketua-Ketua Jabatan/Unit, pegawai-pegawai MBS dan mendengar taklimat pengenalan daripada Encik Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Komunikasi Korporat. Selain itu, YB Dato' Masri bin Haji Razali, Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan Mantan Datuk Bandar MBS turut hadir menandatangai dan menyerahkan Nota Serah Tugas beliau kepada YBhg. Datuk Bandar. YBhg. Datuk Bandar pernah berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya dan merupakan mantan Pengarah JKR Negeri Sembilan pada tahun 2019.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |










