Seremban, 16 Julai 2026 – Wisma MBS telah menjadi lokasi berlangsungnya Sesi Semakan Awal Dokumen Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan 2026 bagi kawasan seliaan di bawah Parlimen P.128 Seremban. Sesi semakan ini bertujuan memastikan setiap dokumen pencalonan disemak dengan teliti dan mematuhi segala syarat serta prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum Hari Penamaan Calon pada 18 Julai 2026.