​Seremban, 27 Julai 2026 - Sesi Semakan Peti Undi bagi Undi Awal Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16 untuk kawasan di bawah seliaan P.128 Parlimen Seremban telah selesai dilaksanakan dengan jayanya di Wisma MBS. Kawasan-kawasan DUN yang terlibat merangkumi N.09 Lenggeng, N.10 Nilai, N.12 Temiang, dan N.13 Sikamat. ​Sesi semakan ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Pengurus (ARO) Undi Awal, Ts. Farah Saffarizan Binti Mohd Esa, serta dibantu oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan pasukan keselamatan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Semakan ini melibatkan 6 Unit Peti Undi melibatkan 6 saluran berikut:

1. N.09 Lenggeng - Ruang A, Dewan Emerald IPD Nilai 
2. N.10 Nilai - Ruang B, Dewan Emerald IPD Nilai 
3. N.10 - Dewan Syarahan Latihan Rejimen 508 Kem Jalan Rasah
4. N.12 - Saluran 1, Unit 7 IPK Negeri Sembilan 
5. N.12 - Saluran 2, Unit 7 IPK Negeri Sembilan 
6. N.13 Sikamat - Balai Polis Sikamat

Hari Undi Awal akan berlangsung pada 28/7/2026, Selasa.