Seremban, 14 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan Sesi Simulasi Sistem MySPR bagi Penamaan Calon dan Penjumlahan Rasmi Undi sempena PRU DUN Negeri Sembilan Ke-16 bagi Parlimen P.128 Seremban. Simulasi ini bertujuan menguji kesiapsiagaan petugas serta memastikan kelancaran penggunaan Sistem MySPR. Turut membantu menjayakan simulasi ini ialah pasukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perak yang berkongsi kepakaran dan pengalaman sepanjang pelaksanaan program.