Seremban, 28 Jun 2026 - Satu sesi taklimat Pegawai Pengurus & Penolong Pengurus Pilihanraya Parlimen Seremban N 128 bersama Pejabat Pilihanraya telah berlangsung di Royal Chulan, Seremban sebentar tadi. Taklimat bersama dijalankan bertujuan mengkordinasikan perjalanan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen P.128 Seremban. Taklimat ini telah dipengerusikan Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin , Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) merangkap Pengurus Pilihanraya P.128. Hadir sama Tn. Mohd Nazri bin Ismail, Pengarah Pilihanraya Negeri Perak, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS merangkap Penolong Pengurus Pilihanraya (Pentadbiran) serta Penolong Pengurus DUN-DUN P.128. Pilihanraya DUN Negeri Sembilan dijadualkan diadakan pada 1 Ogos 2026 dan penamaan calon pada 18 Julai 2026.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













