Bertarikh 2 November 2020 (Isnin) telah berlangsungnya Webinar bersama En. Hishamuddin Mustafa Pengarah Tourism Malaysia, Medan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban.

Turut bersama di dalam sesi Webinar berkenaan ialah Tuan Mas Midyawan bin Yahya selaku Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, En. Muhammad Zahir bin Mazlan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Pelancongan MBS, Pn. Ratna Rozana binti Mohd Fauzi KPJ Seremban Specialist Hospital, En. Steve Woon Senior Vice President Lexus Hotel Group, En Jefri bin Ramli Pengerusi Persatuan Pelancongan Daerah Seremban turut serta di dalam sesi Webinar tersebut ialah pemain Industri Pelancongan Daerah Seremban, Medan, Bukit Tinggi Minangkabau, Palembang dan Wilayah-wilayah sekitar Indonesia.

Tujuan Webinar ini di lakukan adalah untuk memperkenalkan kepada pemain Industri Pelancongan di Indonesia bertujuan untuk mempromosikan produk pelancongan yang ada di Daerah Seremban khususnya dan di Negeri Sembilan secara amnya. Marilah kita bersama - sama memajukan sektor Pelancongan di Daerah dan Negeri kita yang tercinta ini kehadiran anda amat lah dihargai.

 

SESI WEBINAR BERSAMA PENGARAH TOURISM MALAYSIA, MEDAN DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

 

SESI WEBINAR BERSAMA PENGARAH TOURISM MALAYSIA, MEDAN DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

 

SESI WEBINAR BERSAMA PENGARAH TOURISM MALAYSIA, MEDAN DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN