Seremban, 10 Julai 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menghadiri Program Simulasi Eksesais Pasca Pilihanraya Umum Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yamtuan, Seremban. Program simulasi ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan serta memperkukuhkan penyelarasan antara agensi dalam menghadapi sebarang situasi pasca pilihan raya. Latihan melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat bagi memastikan tindakan yang pantas, tersusun dan berkesan demi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam. Turut terlibat ialah pelbagai jabatan dan agensi berkaitan yang memainkan peranan penting dalam menjayakan simulasi ini.