Berada di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bandar Seremban bagi menyerahkan sumbangan daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) serta PUSPANITA Negeri Sembilan.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada program Community Social Responsibility (CSR) badan-badan tersebut dalam memperkasakan komuniti setempat.

Peralatan yang disumbangkan adalah:

i) 2 unit basikal senaman ;

ii) 1 unit pelantar larian (treadmill) ;

iii) 2 unit alat bantu berjalan (walker) ;

iv) 10 unit meja belajar dan kerusi kanak-kanak ;

v) 1 unit besi pemegang dinding (hand rail) berukuran 6 dan 7 inci setiap satu; dan

vi) pengalas lantai getah (rubber mat) secukupnya

Tahniah saya ucapkan kepada pihak MBS serta PUSPANITA Negeri Sembilan atas inisiatif yang amat baik ini. Semoga lebih banyak organisasi dan syarikat tampil kehadapan dalam membantu golongan OKU di negeri ini.

Di kesempatan ini saya turut mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohd Rasul Rabu, Pengetua PPDK Bandar Seremban serta para jurulatih atas usaha gigih dalam membantu pelatih di PPDK ini.

Semoga kekal bersemangat dalam membantu para pelatih tidak kira masa dan waktu, Insya-Allah.

 

SUMBANGAN DARIPADA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS) SERTA PUSPANITA NEGERI SEMBILAN.
 
SUMBANGAN DARIPADA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS) SERTA PUSPANITA NEGERI SEMBILAN.
 
SUMBANGAN DARIPADA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS) SERTA PUSPANITA NEGERI SEMBILAN.