Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

TOURISM PASSPORT VISIT NEGERI SEMBILAN

 

Pada hari ini telah berlangsungnya pelancaran 𝘛𝘰𝘶𝘳𝘪𝘴𝘮 𝘗𝘢𝘴𝘴𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘝𝘪𝘴𝘪𝘵 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 by Malaysia Budget Hotel Association – Mybha  bertempat di Dalam Event Space, Seremban. Program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Hadir sama pada program ini ialah YBhg Dato' Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, En Muhammad Zahir bin Mazlan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan , En Surej Pengerusi MyBHA Negeri Sembilan serta beberapa Pengarah Jabatan di peringkat negeri dan daerah.

 

𝙏𝙤𝙪𝙧𝙞𝙨𝙢 𝙋𝙖𝙨𝙥𝙤𝙧𝙩 yang dilancarkan ini adalah bertujuan bagi mempromosikan Negeri Sembilan dengan menginap di hotel-hotel bajet yang terdapat di Seremban dan daerah-daerah lain di Negeri Sembilan serta disamping melawat produk-produk pelancongan di sekitarnya. Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan turut menekankan aspek kebersihan yang merupakan tunjang kepada kejayaan di sektor pelancongan di negeri ini.
 

TOURISM PASSPORT VISIT NEGERI SEMBILAN
 
TOURISM PASSPORT VISIT NEGERI SEMBILAN