Seremban, 6 Februari 2026 - YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar N.Sembilan telah meluangkan masa untuk melawat ke Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (PKOB) MBS. Lawatan ini membuktikan komitmen jitu MBS dalam memacu agenda pendigitalan dan keselamatan awam. Realisasi pusat kawalan bersepadu ini dipacu oleh kepimpinan strategik YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan dedikasi warga kerja MBS.  Fasiliti ini membolehkan pemantauan operasi dan tadbir urus kewangan dilaksanakan secara masa nyata (real-time). Inisiatif MBS ini turut menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan dalam mewujudkan ekosistem pentadbiran yang cekap dan berpacukan data demi kesejahteraan rakyat. Turut hadir semasa lawatan tersebut diadakan ialah YB Dato' Mohd Zafir Bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan Bin Wan Musa Pengarah JKR Negeri Sembilan, TPr. Haji Nazri bin A Ghani Pengarah Perancangan Pembangunan MBS, Ts. Farah Saffarizan bt Mohd Esa Pengarah Teknologi Maklumat & Komunikasi MBS dan pegawai-pegawai MBS.