Seremban, 20 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melaksanakan ujian saringan urin kepada pegawai dan kakitangan MBS bertempat di Wisma MBS dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seremban. Seramai 503 orang kakitangan telah menjalani ujian saringan urin ini sebagai langkah meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta memperkukuh usaha pencegahan dadah dalam kalangan warga kerja MBS. Pelaksanaan program ini merupakan usaha berterusan MBS dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bebas daripada dadah, sihat dan berintegriti.