Seremban, 27 Julai 2026 - Alhamdulillah, kumpulan Urbanist Titans yang mewakili Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menyertai dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AIN9) Tahun 2026 yang berlangsung di Arena Premier Boutique Hotel, Seremban. Kumpulan Urbanist Titans yang dianggotai oleh pegawai daripada Jabatan Perancang Pembangunan dan Jabatan Pengurusan Kualiti & Strategik telah mempertandingkan projek IMPAK (Integrasi Pemantauan Permohonan Kebenaran Merancang Perubahan Material). Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan MBS dalam membudayakan inovasi dan kreativiti sebagai pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan, kecekapan organisasi serta pengukuhan tadbir urus yang cemerlang. Majlis Bandaraya Seremban merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli kumpulan Urbanist Titans atas dedikasi, komitmen serta usaha gigih yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan serta menjadi inspirasi dalam memperkasakan budaya inovasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berimpak kepada masyarakat.