Seremban, 15 Ogos 2026 - YB Datuk Razali bin Abu Samah, Exco Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Negeri Sembilan bersama YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS meninjau suasana aktiviti menarik di Seremban. Antara lokasi yang dikunjungi termasuk Program Moh Nonggok Kek Somban, Bazar Karat Lorong Seni Seremban, dan Benteng Walk. Turut hadir, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof,Setiausaha MBS. Jom sama-sama terokai keunikan, warisan dan suasana menarik yang ada di Seremban.