KEMPEN MENUKAR BEG PLASTIK KEPADA BEG BUKAN PLASTIK (BEG KAIN, BEG KERTAS DAN BEG BIODEGRADASI) DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

Sukacita dimaklumkan bahawa dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus mengurangkan discaj plastik ke sistem pengurusan sisa, Majlis Bandaraya Seremban melaksanakan Kempen Menukar Beg Plastik Kepada Beg Bukan Plastik melalui kaedah penggantian beg plastik kepada beg kain, beg kertas atau beg plastik dari jenis mudah mengurai (biodegradable and compostable).

Pelaksanaan adalah seperti berikut:

  1. Sasaran kempen adalah kepada semua pemegang lesen perniagaan PBT (peruncit dan pembekal beg plastik). Tetapi untuk permulaan, hanya terpakai di premis yang disenaraikan di bawah dan akan diperkembangkan kepada perniagaan pasar dan premis-premis lain di masa akan datang.
     
    Bil JENIS PREMIS KEKAL CATATAN
    1 Pasar raya hyper (hypermarket)  Pelaksanaan
    untuk tahun
    2018-2021
    2 Pasar raya besar (supermarket) 
    3 Pasar raya serbaneka (Departmental Store) 
    4 Kedai serbaneka (Convenient Store) 
    5 Restoran makanan segera (fast food restaurant)
    6 Kedai serbaneka stesen minyak 
    7 Kedai rangkaian (chain store)  
    8 Farmasi  
    9 Lain-lain premis yang akan dimasukkan di dalam senarai ini pada masa akan datang 
  2. Pengisian kempen adalah untuk menukar beg plastik kepada beg kertas, beg kain atau beg plastik jenis biodegradasi mengikut kesesuain barangan yang dijual.
     
  3. Kempen telah bermula pada pada 10 Mac 2021 dan Majlis mewar-warkan kempen ini.
     
  4. Peruncit dan pembekal perlu untuk menukar beg plastik secara sukarela.
     
  5. Majlis akan membantu mempromosikan perniagaan mana-mana pemegang lesen yang menyambut baik hasrat kempen dengan melaksanakan strategi penukaran beg plastik kepada beg kertas,beg kain atau beg plastik jenis biodegradasi di dalam laman web Majlis.

         Klik disini >>>>>  Contoh Beg Kertas, Beg Kain dan Beg Plastik Yang Mudah Mengurai (Biodegradasi)