Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

PEMULANGAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA

 

 

Untuk makluman, ekoran daripada penutupan kontrak syarikat sedia ada yang menguruskan kutipan bayaran tempat letak kereta di Dataran Senawang, Kemayan Square dan Mellinia Square (Lobak), Pentadbiran Majlis sedang berusaha menyelaraskan pembayaran tempat letak kereta menggunakan satu sistem pembayaran yang seragam di seluruh bandar Seremban bagi memudahkan warga Seremban.

Bagi tujuan _refund_ , mohon kerjasama tuan/puan membekalkan perkara berikut kepada Pentadbiran MBS :-

1. Kad Parkir - kemukakan kad asal kepada Unit Letak Kereta Majlis Bandaraya Seremban beserta salinan nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran ; dan

2. Apps Datmel Tech - kemukakan _screenshot_ yang menunjukkan baki beserta salinan nombor akaun bank.

Borang permohonan pemulangan / _refund_ boleh dimuat turun melalui QR _Code_ yang disediakan. Tempoh permohonan pemulangan pada atau sebelum 21 Mei 2021.

Selain itu, kad pintar sedia ada masih boleh digunakan di kawasan parkir swasta berhadapan Wisma Punca Emas Seremban, E1 Putrajaya, P4 Putrajaya, MyFarm, Pandan Kapital Basement, 3rd Mile Square, Plaza VADS Taman Tun, Ampang Walk dan Saville Residence OKR.

Semua permohonan pemulangan / _refund_ perlu dihantar ke Unit Letak Kereta MBS atau hubungi nombor telefon : 06-765 4782 / 4789 untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.

<<<BORANG PEMULANGAN BAKI WANG KAD PINTAR DATMEL DAN APLIKASI DATMEL>>>