Mulai 1 Februari 2026 (Ahad), keseluruhan urusan tempahan dan bayaran bagi menggunakan fasiliti - fasiliti sukan di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Seremban seperti di bawah akan diurus selia oleh Syarikat Energetic Point Sdn. Bhd. (EPSB) :
1. Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
2. Kompleks Sukan Negeri, Paroi (Centre Court)
3. Pusat Akuatik Negeri, Paroi
4. Kolam Renang Awam, Paroi
5. Stadium Hoki Tan Sri Dato` Dr. Haji Mohd. Said, Seremban 2
Segala urusan tempahan dan bayaran penggunaan fasiliti sukan tersebut bagi tujuan seperti latihan, perlawanan sukan, acara komersil atau hiburan hendaklah dibuat melalui laman sesawang EPSB di https://tempah.org/ Tiada lagi tempahan untuk 5 fasiliti tersebut di portal mbsclick (permohonan tempahan). Pengambilalihan pengurusan tempahan dan bayaran ini turut meliputi penggunaan Kolam Renang Awam, Paroi di mana sistem pembayaran tiket masuk melalui kaedah QR Code akan mula dilaksanakan pada tarikh 1 Februari 2026. Permohonan baru mulai tarikh 1 Februari 2026, akan diuruskan sepenuhnya oleh EPSB bagi pihak Majlis Bandaraya Seremban. Sebarang pertanyaan berhubung tempahan hendaklah dikemukakan terus kepada EPSB di talian 011-57505023.
