Port Dickson, 19 April 2026 - Satu Bengkel Belanjawan MBS 2027 telah berjaya dilaksanakan dengan jaya di Port Dickson baru-baru ini. Bengkel Belanjawan telah dihadiri oleh YBhg. Dato Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Di dalam ucapan Datuk Bandar, beliau telah menekankan kepada tiga (3) Bidang Fokus Utama (Key Results Area-KRA) di dalam Belanjawan 2027 iaitu,
KRA pertama ialah Pengumpulan & Penjanaan Kekayaan dengan:-
i. Meneroka sumber hasil baharu;
ii. Menyemak dan mengkaji kadar / tarif;
iii. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah;
KRA kedua pula Perlindungan & Pengagihan Kekayaan dengan cara:-
i. Mengawal rezab;
ii. Mengawal defisit belanjawan dengan menyediakan belanjawan berimbang.
Dan KRA ketiga ialah Pemantauan Kekayaan dengan mengurus kewangan dengan berintegriti.
FOKUS BELANJAWAN 2027.
Dalam pada itu, Belanjawan 2027 juga akan menumpukan kepada keberkesanan program dan aktiviti serta penyelarasan bersepadu antara jabatan-jabatan.
Hadir sama, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, ketua - ketua jabatan/unit MBS serta urus setia Jabatan Kewangan MBS.