Kuala Lumpur, 12-14 Mei 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan Bengkel Kajian Keperluan Pengguna bagi Projek Pembangunan Aplikasi Pintar Bersepadu Berasaskan Artificial Intelligence (AI) untuk Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 26 pegawai daripada pelbagai jabatan dan unit MBS bagi membincangkan keperluan pengguna serta aspek teknikal pembangunan aplikasi AI yang selaras dengan keperluan operasi dan penyampaian perkhidmatan MBS. Pelaksanaan bengkel ini turut menjadi platform memperkukuh agenda pendigitalan dan transformasi perkhidmatan MBS ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |







