Seremban, 30 Jun 2026 – YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, , telah mengetuai satu operasi bersepadu pemeriksaan premis rumah urut dan rumah tumpangam bagi pematuhan syarat pelesenan serta undang-undang kecil yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Operasi yang bermula pada jam 2.30 petang itu turut disertai oleh , Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof,Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Encik Hanizam bin Ahmad Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, wakil Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan (JPPU), Unit Perhubungan Korporat MBS serta pegawai daripada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan. Dalam operasi tersebut, dua premis telah diperiksa. Pemeriksaan di Melon Spa, Pusat Perniagaan Rahang Jaya mendapati premis mempunyai lesen perniagaan yang sah, namun satu kompaun telah dikeluarkan kerana melanggar syarat lesen iaitu gagal menyediakan sijil kelayakan tukang urut. Sementara itu, pemeriksaan di Happy Restaurant, Jalan Tuanku Hassan mendapati lesen premis telah tamat tempoh, namun pemilik telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen. Premis berkenaan turut disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral, dan hasil tindakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, seorang warga asing telah ditahan untuk tindakan lanjut. Sepanjang operasi, sebanyak satu (1) notis kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Melesen Tred. Tiada notis bertempoh mahupun tindakan sitaan dilaksanakan. Keseluruhan operasi berjalan dengan lancar dan keadaan adalah baik serta terkawal. Datuk Bandar menegaskan bahawa MBS akan terus mempergiatkan operasi bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan semua premis perniagaan mematuhi syarat pelesenan, undang-undang kecil serta peraturan yang berkuat kuasa demi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman warga bandaraya Seremban.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













