Seremban, 1 September 2026 - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima aduan melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Ogos 2026 mengenai pencemaran air sungai berbau busuk telah mengganggu penduduk di Kampung Kayu Ara, Mambau. Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan (MBS) telah mengadakan siasatan pada 30 Ogos 2026 dan menyita beberapa peralatan yang boleh menggagalkan operasi premis yang disyaki menjadi punca berlaku pencemaran bau sungau tersebut. Satu pemeriksaan telah dijalankan dan mendapati bau busuk tersebut berpunca daripada premis berkenaan yang dipercayai menjalankan aktiviti memproses organ dalaman haiwan untuk dijadikan makanan ikan. Hasil pemeriksaan premis tersebut turut mendapati ia dimiliki oleh warga tempatan dan dikendalikan oleh 2 orang lelaki warga bangsa Myanmar pemegang kad UNHCR manakala pemilik premis tidak berada di lokasi sepanjang pemeriksaan dijalankan dan ketika serbuan dijalankan didapati pekerja tersebut sedang membuang sisa cecair ke dalam anak sungai berhampiran. Justeru itu, tindakan penguatkuasaan serta merta telah diambil dengan mengeluarkan kompaun beroperasi tanpa lesen, sitaan ke atas 1 unit water compressor, 1 unit induction moto dan 3 fius bagi menggagalkan operasi premis berkenaan. Selain itu, 1 notis arahan memberhentikan operasi dan penutupan premis telah dikeluarkan dan telah ditampal di premis serta pita sita MBS telah direntang di premis. Tugasan pemeriksaan susulan juga telah dijalankan dan mendapati premis berkenaan telah mematuhi arahan notis iaitu memberhentikan operasi serta warga asing tersebut juga telah tiada di lokasi. Semasa operasi dijalankan agensi Jabatan Alam Sekitar (Unit forensik) dan Jabatan Imigresen Malaysia turut sama membantu.