Kejohanan Boling Komuniti Strata Tahun 2025, anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBS
Nilai, 29 November 2025 - Majlis Bandaraya Seremban melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan telah mengadakan Kejohanan Boling Komuniti Strata Tahun 2025 bertempat di The Bowlers, Mesamall, Nilai. Kejohanan yang dirangka sebagai salah satu platform engagement antara Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan komuniti strata melalui pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 25 pasukan yang mewakili skim-skim strata di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban. Juara bagi kategori berkumpulan adalah MC Citra Embun, manakala tempat kedua dimenangi oleh JMB Taman Jasmin Blok 41 dan JMB Taman Nilai 3 Blok A di tempat ketiga. Acara perasmian penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Thanabalan Ramiah, Ahli Majlis MBS yang mewakili Datuk Bandar MBS, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin. Encik Thanabalan Ramiah mengharapkan inisiatif yang dijalankan oleh MBS melalui program ini dapat memberikan impak yang positif kepada komuniti strata dalam menekankan kepentingan hubungan komuniti yang rapat dan semangat kesepakatan yang tinggi bagi mewujudkan keharmonian dalam kalangan komuniti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












