Seremban, 24 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban telah melaksanakan Kempen Pengurangan Gula dan Taklimat Kebersihan Makanan di Pasar Besar Seremban. Program ini memberi fokus utama kepada usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan para peniaga mengenai pengurangan pengambilan gula, di samping penyampaian maklumat berkaitan aspek kebersihan dan keselamatan makanan. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para peniaga serta menggalakkan amalan yang lebih sihat, bersih dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Besar Seremban. MBS komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan, pengurusan pasar dan para peniaga dalam usaha mewujudkan persekitaran perniagaan makanan yang bersih, selamat dan kondusif demi kesejahteraan komuniti. Semoga usaha berterusan ini dapat membudayakan amalan hidup sihat serta pengendalian makanan yang bersih dan selamat.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |









