Seremban, 3 April 2026 - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima lawatan akademik daripada Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina & Ukur, Universiti Teknologi Malaysia di Wisma MBS bagi tujuan pengumpulan data dan mendapatkan maklumat teknikal seperti anjakan bangunan, ketinggian bangunan yang dibenarkan, jenis landskap yang dibenarkan serta ketetapan dasar Majlis untuk memenuhi keperluan projek studio. Lawatan yang diketuai oleh Dr. Fadhlina bt. Ahmad @ Taufik bersama dua orang lagi pensyarah senibina serta 30 orang pelajar Tahun 3 dalam bidang Sarjana Muda Sains Senibina menjalankan kajian dan cadangan rekabentuk bangunan di tapak-tapak yang telah ditetapkan oleh pensyarah di sekitar Bandar Seremban. Pihak MBS turut berkongsi keperluan teknikal yang diperlukan serta maklumat berkaitan projek-projek yang telah siap dilaksanakan seperti Lorong Seni Seremban, Pencahayaan Bandar Seremban, Keunikan Bandar dan Taman Tasik Seremban sebagai nilai tambah kepada kajian yang dijalankan oleh pihak UTM. Perkongsian tersebut telah disampaikan oleh En. Nuh Nurul Mushawwir b. Abdul Aziz, Ketua Jurutera MBS; En. Syed Muhammad Fitri b. Hj. Syed Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBS; En. Mohd Syafiq b. Musa, Arkitek Landskap Jabatan Taman & Landskap; dan En. Mohd Azpuri bin Abd Aziz, Penolong Pegawai Senibina, Jabatan Kawalan Bangunan. Turut hadir En. Hadzeeq Ekhwan bin Radzali, Timbalan Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBS serta kakitangan Jabatan Kawalan Bangunan MBS.Untuk makluman, pihak UTM akan berada di Seremban bagi menjalankan kajian dan merasai sendiri pengalaman suasana serta budaya di bandar Seremban bermula 3 April 2026 (Jumaat) hingga 5 April 2026 (Ahad).