Seremban, 16 Mac 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan lawatan turun padang bagi meninjau pemasangan LED Kerb di Bulatan SUKNS, Jalan Dato’ Hamzah serta Gerbang Hiasan Aidilfitri di Persiaran Forest Heights yang turut dihadiri En Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan En Muhammad Fadzly bin Md Yadzir, Jurutera MBS. LED Kerb yang dipasang sepanjang 149 meter ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Pencahayaan beroperasi dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi, bukan sahaja menceriakan landskap bandar raya, malah turut meningkatkan aspek keselamatan dan kejelasan visual pemanduan pada waktu malam. Dalam pada itu, sebanyak 10 Gerbang Hiasan Aidilfitri telah dipasang di 8 lokasi berbeza sekitar bandar raya. Hiasan ini mengetengahkan konsep Estetik Islamik Moden yang menampilkan keindahan geometri seni bina Islam dengan sentuhan minimalis, selaras dengan suasana sambutan Aidilfitri yang harmoni dan sejahtera. Keindahan pencahayaan dan hiasan ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi suasana menjelang Aidilfitri, sekali gus memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada warga bandar raya serta para perantau yang pulang ke kampung halaman, menjadikan perjalanan pulang berhari raya lebih ceria, selamat dan penuh kenangan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |










