Seremban, 14 Julai 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan Majlis Perasmian Kempen Pasar Awam Bersih 2026 di Pasar Awam Ampangan yang telah disempurnakan oleh En.Abdul Malek bin Adam, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban yang mewakili YBhg.Dato' Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Kempen ini merupakan inisiatif di bawah Program Kesihatan Persekitaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memperkukuh amalan kebersihan, keselamatan dan pengurusan pasar awam ke arah mencapai standard kebersihan yang cemerlang. Turut hadir semasa majlis ini diadakan ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, En.Muhammad Shahidan bin Rahim Timbalan Pengarah Kesihatan Persekitaran MBS dan Pegawai-pegawai MBS. MBS komited untuk terus memperkasa kerjasama strategik bersama agensi berkaitan, pengurusan pasar dan para peniaga dalam memastikan persekitaran pasar awam sentiasa bersih, selamat, kondusif serta memberi keselesaan kepada masyarakat. Semoga usaha berterusan ini dapat membudayakan amalan kebersihan demi merealisasikan aspirasi "Pasar Awam Bersih, Komuniti Sihat, Bandar Raya Sejahtera."
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |


















